Total Pageviews

Tuesday, 31 January 2012

BADAK BERENDAM



 

Bahan bahan :
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam

Cara :

1) Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

APAM SERI AYU

Bahan bahan:

1) 3 biji telur
2) 240 gram gula
3) 240 ml santan atau susu segar
4) 1 sudu makan jus pandan
5) 270 gram tepung gandum
6) 1 sudu teh ovallate
7) 1 sudu makan tepung kanji
8) 1 biji kelapa muda parut (ambilputih sahaja)
9) Garam secukup rasa

Cara
1) Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
2) Masukkan santan/susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati.
3) Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
4) Gaul rata kelapa dan garam.
5) Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat.
6) Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
7) Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.
 

APAM TAPAI TEPUNG BERAS

Bahan bahan:

1) 2 cawan tapai pulut
2) 500 gram tepung beras
3) 2 cawan gula
4) 4 cawan air
5) 1 bungkus garam eno (pelega kembung perut)
6) ½ sudu teh pewarna (jika perlu)
7) 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
8) 1 sudu teh garam

Cara :

1) Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2) Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam.
3) Kemudian masukan garam eno dlm adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.
4) Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dlm acuan. Kukus selama 20 minit.
5) Sementara itu gaulkelapa bersama garam.
6) Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.

APAM PISANG COKLAT

Bahan Bahan :

1) 2 cawan tepung gandum
2) 2 sudu makan cawan serbuk koko
3) 1 sudu teh soda bikarbonat
4) 1 sudu teh baking powder
5) ½ sudu teh garam
6) 1 cawan pisang emas lecek
7) 1 cawan minyak masak
8) 1 ½ cawan gula perang
9) 2 biji telur (pukul)

**Item 1-4 perlu diayak

Cara :

1) Panaskan kukusan.
2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
3) Masukkan bahan bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

APAM GULA HANGUS


Bahan bahan:
1) 1 gelas gula
2) ½ gelas air
3) ½ gelas gula
4) 3 biji telur
5) 1 gelas santan atau susu segar
6) 2 ½ gelas tepung gandum
7) 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara :
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
3) Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4) Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
5) Masukkan adunan kedalam loyang.
6) Kukuskan selama 10- 15 minit.
7) Sejukkan dan potong.

AGAR AGAR SANTAN

Bahan bahan:

1) 1 bungkus agar agar (rendam sehingga kembang)
2) 5 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) ½ cawan gula pasir
5) 3 cawan santan
6) 2 biji telur
7) 1 helai daun pandan

Cara :

1) Masukkan agar agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar agar hancur dan mendidih.
2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
3) Tapis bahanbahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih.
4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar agar.
Kacau dan biarkan mendidih seketika.
6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
7) Sejukkan dan potong.

ABUK ABUK


 Bahan bahan:
1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.

~~SELAMAT MENCUBA~~


Cara :